MBSP Mudahkan Pembayaran Nirtunai Untuk Sejumlah Perkhidmatan Kerajaan Melalui Boost

Diterbitkan pada Nov 23, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mengumumkan kerjasama dengan aplikasi e-dompet, Boost sekaligus menawarkan kemudahan pembayaran secara nirtunai untuk sejumlah perkhidmatan kerajaan menerusi e-dompet berkenaan.

Melaluinya, warga Seberang Perai kini boleh membuat pembayaran lebih pantas, mudah dan selamat dalam menangani wabak Covid-19. Terdapat tiga jenis pembayaran yang disokong seperti cukai taksiran, sewa gerai dan kompaun letak kereta. Kesemuanya boleh dilakukan dengan proses yang pantas menerusi menerusi beberapa langkah mudah di aplikasi Boost.

Di samping itu, pengguna juga dikatakan boleh menetapkan peringatan pembayaran untuk sejumlah bil mereka – bagi mengelakkan sebarang masalah kelewatan atau terlupa untuk membayar bil. Selain, kebolehan menyimpan rekod bil yang kerap digunakan bagi akses terus yang mudah dan lebih menjimatkan masa.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami