Cari @ Amanz

Galaxy Z Fold 3 Dijangka Hadir Dengan S-Pen Secara Terbina Pada Jun 2021

Oleh Aman

Link Copied!

Samsung sedia diperkatakan beberapa kali yang mana siri Galaxy Note akan ditamatkan pada 2021 kelak. Selari dengannya, beberapa peranti dilihat akan mengintegrasikan fungsi popular siri Note, iaitu sokongan untuk S-Pen.

Selari dengannya, kini laporan baru hadir mengatakan Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Z Fold 3 seawal Jun 2021 kelak. Menariknya, telefon dengan rekaan skrin boleh-lipat ini bakal menyertakan ruangan khusus untuk S-Pen, serta menyokong S-pen untuk input.

Disamping itu, Galaxy Z Fold 3 juga turut diperkatakan akan menggunakan sokongan kamera dibawah skrin untuk menawarkan pengalaman menggunakan skrin secara maksima.

Dengan perkembangan baru ini, adakah benar kita tidak lagi akan melihat siri Galaxy Note pada tahun 2021 kelak?


Komen ()