Cari @ Amanz

KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) kini memperingatkan pengguna supaya tidak terpedaya dengan aplikasi palsu yang menggunakan nama mereka di kedai aplikasi untuk peranti mudah-alih anda.

KWSP mengatakan terdapat sejumlah aplikasi yang dibangunkan pihak tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan terhadap ahli KWSP yang ingin mengambil-tahu mengenai pengeluaran i-SInar.

Beberapa aplikasi baru telah mula diterbitkan oleh beberapa pihak yang menggunakan nama i-Sinar dan KWSP. KWSP mengingatkan mereka tidak pernah melantik pihak ketiga untuk pengurusan pengeluaran KWSP anda.

Pada masa yang sama, KWSP mengingatkan yang mana tiada sebarang aplikasi khusus dibangunkan khusus untuk i-SInar.

Pengguna diingatkan untuk memuat-turun dan menggunakan aplikasi rasmi i-Akaun KWSP untuk sebarang semakan akaun anda.

Seperti biasa, anda diingatkan untuk tidak memuat-turun sebarang aplikasi daripada pihak yang mencurigakan. Pastikan anda menyemak nama penerbit aplikasi sebelum memuat-turun sesuatu aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd