Cari @ Amanz

Xiaomi sering menguji pelbagai sistem pengecasna pantas, tidak kira yang berwayar atau nirwayar. Baru-baru ini, sistem pmegecasan pantas nirwayar 80W telah diumumkan. Namun, tiada butiran bila ia akan diperkenalkan pada produk komersial.

Baru-baru ini, sistem pengecasan pantas 55W dari Xiaomi telah tersenarai di laman 3C. Pengecas ini adalah pengecas adaptif yang menyokong kuasa 5V/2A, 9V/3A, 20V/2.5A, dan 11V/5A. Ini bermakna, teknologi yang Xiaomi masih gunakan adalah berasaskan Quick Charge dan menyokong Power Delivery.

Apa yang menarik dengan pengecas ini adalah, ia dilaporkan akan disertakan pada kesemua peranti kelas pertengahan sehingga peranti mercu dan juga peranti-peranti Redmi. Buat masa ini, pengecas yang Xiaomi gunakan adalah 120W yang paling pantas pada Mi 10 Ultra dan 33W kepada kebanyakan peranti lain. 55W ini pasti akan menjadi berbeza dan memberikan pengalaman pengecasan yang cukup pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd