Snapchat Mencabar TikTok Dengan Ciri Baru Dinamakan Spotlight
November 24, 2020
Aplikasi
Aman
Format perkongsian video TikTok sedia popular, dan telah mula diintegrasikan oleh beberapa perkhidmatan. Jikalau sebelum ini kita telah melihat Instagram dan YouTube mengintegrasikan ciri seumpamanya, kini Snapchat turut mengikut sama.
Snapchat hari ini mengumumkan ciri dinamakan Spotlight, membolehkan pengguna berkongsi kandungan, dan menatal secara kebawah untuk melihat perkongsian terbaru.
Apa pun, ciri ini masih pada peringkat pengenalan buat masa ini. Ia masih belum diperkenalkan lagi di Malaysia, dan dijangka hadir dalam bulan-bulan akan datang.
Sekiranya diperkenalkan, mungkinkah ia akan mencabar TikTok?
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.