Carian
Motorola Nio Tertiris – Kamera 64MP Dan Dijana Snapdragon 865
November 24, 2020 Fahim Zahar

Peranti mercu Motorola pada tahun ini adalah Motorola Edge+. Peranti ini mempunyai jualan yang terhad, agak mahal dan tidak mendapat sambutan hebat seakan peranti mercu lain. Terkini, Motorola mungkin akan menggunakan strategi baharu – iaitu memperkenalkan sebuah lagi peranti mercu pada lewat tahun ini dengan cip “lama”.

Motorola Edge Plus
Motorola Edge+

Biasanya cip peranti mercu, seperti Snapdragon 865, Snapdragon 855 digunakan sekali sahaja. Tahun berikutnya cip baharu pula, kecuali jika ianya sebuah peranti mercu mampu milik. Motorola mungkin akan menggunakan strategi seakan Xiaomi, iQoo atau jenama China lain – kerana sebuah peranti dengan nama Motorola Nio tertiris. Ia disenaraikan akan dijana dengan cip Snapdragon 865 dan menggunakan kamera 64MP.

Peranti ini akan menggunakan nombor model XT2125. Skrin peranti dilaporkan adalah 90Hz dan FHD+ sahaja, tetapi pilihan memori mungkin boleh mencapai sehingga 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Selain kamera 64MP, kamera 16MP sebagai lensa sudut ultra lebar dan dwi-kamera swafoto 16+8 Megapixel turut akan disertakan pada peranti ini.

Peranti ini dilaporkan akan menjadi pengganti kepada Motorola Edge+ dan akan menjalankan Android 11. Ia akan diperkenalkan pada tahun ini juga. Sama-sama kita nantikan.

Komen