Barangan Xiaomi di India adalah sangat laris. Ini kerana harga jualan yang murah dan dikira sebagai barangan tempatan kerana majoriti produk-produk Xiaomi di India dihasilkan di negara itu sendiri. Disebabkan jenama China ini laris di India, ini memberikan penjual tidak jujur kesempatan untuk menjual barangan tiruan dan menipu pelanggan.
Terkini, barangan tiruan Xiaomi yang bernilai INR 3,300,000 telah dirampas dari pembekal di Chennai, Tamil Nadu dan Bangalore, Karnataka. Pembekal ini dikatakan bertanggungjawab atas tiga kedai dan dituduh menjual 3,000 barangan tiruan Xiaomi. Antara barangan tiruan ini adalah kerangka pelindung, aksesori-aksesori audio, power bank dan aksesori-aksesori kuasa. Kedai-kedai ini dikatakan telah menjual sebanyak RM137,575 dan RM46267 barangan tiruan ini.
Untuk jenama Xiaomi, agak jarang kedengaran yang perkara seperti ini berlaku. Di Malaysia, barangan popular mempunyai banyak tiruan. Contohnya Realme Buds Q yang ada banyak versi tiruan, sedangkan versi asli mudah dicari – ramai tertipu dengan harga jualan diskaun atau murah yang tidak masuk akal.