Steam Menambah Sokongan Alat Kawalan Permainan PS5
November 24, 2020
e-Permainan
Perisian
Aman
Valve kini telah mengumumkan sokongan untuk alat kawalan PlayStation 5, sekaligus membolehkan alat kawalan berkenaan digunakan ketika bermain permainan di platform Steam.
Valve menambah sokongan ini melalui penawaran API Steam Input yang dikemaskini, yang boleh mengenal-pasti alat kawalan berkenaan, dan menawarkan pilihan butang yang tepat untuk dikawal.
Buat masa ini, sokongan untuk alat kawalan PS5 ini ditawarkan melalui Steam Beta, dan dijangka akan diperkenalkan secara meluas selepas melalui sejumlah fasa ujian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.