Bagi mengelakkan masalah berita palsu atau maklumat yang tidak tepat diedarkan, Twitter kini memaksa pengguna membaca terlebih dahulu sesuatu ciapan sebelum RT. Kemudian sempena pilihanraya presiden di Amerika Syarikat sebelum ini, Twitter mengubah sistemnya yang mana pengguna perlu menekan butang retweet dua kali. Ini kerana, ciapan yang ada maklumat tidak tepat kini dilabel. Jadi, Twitter ingin pengguna hati-hati.

Terkini, Twitter melarang pengguna untuk suka sesuatu ciapan atau “Like” pada ciapan dengan maklumat yang tidak tepat. Jika butang “Like” ditekan, amaran akan diberikan memberitahu status kebenaran ciapan tersebut. Pengguna kemudiannya hanya boleh “Quote Tweet” sahaja dan Twitter menasihatkan pengguna untuk sebarkan berita yang sahih.
Dengan adanya sistem ini, Twitter menyatakan ia boleh mengurangkan 29% Quote Tweet yang tidak benar. Jadi, sebelum anda suka sesuatu ciapan atau menciap semula – pastikan baca terlebih dahulu dan jangan terus kongsi berita palsu. Sama-sama kita menjadi pengguna yang bijak.