Cari @ Amanz

Penumpang Qantas Perlu Membuktikan Telah Menerima Vaksin Covid-19 Untuk Penerbangan Antarabangsa

Link Copied!

Dengan laporan empat calon vaksin yang sedang diuji menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam menentang jangkitan Covid-19, peluang untuk dunia kembali normal semakin cerah. Industri penerbangan yang terjejas teruk telah memulakan langkah untuk mengembalikan pesawat ke udara. Terkini Qantas mengesahkan mereka akan memerlukan penumpang membuktikan telah menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum dibenarkan menaiki penerbangan antarabangsa.

Qantas menjadi syarikat pertama yang memerlukan bukti suntikan vaksin diterima. Pengumuman dilakukan oleh Alan Joyce, ketua pegawai eksekutif Qantas dalam temubual bersama Channel 9 semalam. Mereka merancang untuk mengembalikan penerbangan laluan antarabangsa pada pertengahan tahun 2021. Pada waktu ini hanya laluan ke New Zealand beroperasi kerana kejayaan negara jiran Australia membendung penularan wabak maut ini.


Komen ()