China sebelum ini telah menghantar beberapa misi ke bulan. Terbaru, hari ini China turut menghantar sebuah misi baharu dalam usaha membawa pulang sampel dari bulan untuk kajian lanjut di bumi.
Misi terbaharu untuk membawa pulang sampel ini adalah kali pertama diadakan selepas sekitar empat dekat. Misi ini akan berusaha untuk membawa pasir atau batu pada permukaan bulan, sekaligus membolehkan saintis untuk mengkaji lanjut berkenaan dengan permukaan bulan.
Sebelum ini, China menyasarkan untuk menghantar misi sama sekitar 2017 lepas, tetapi ditangguhkan disebabkan masalah pada enjin roket.
Sekiranya China berjaya mendapatkan sampel, ia akan menjadikannya sebagai negara ketiga untuk membawa pulang sampel dari bulan ke bumi – selepas Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.