Komputer AIO Dell Inspiron Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM2799

Komputer AIO Dell Inspiron Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM2799

Diterbitkan pada Nov 24, 2020 oleh .

Apabila bercakap mengenai siri CPU Intel Tiger Lake yang terbaru, jenis-jenis peranti pertama yang terbayang semestinya model-model komputer riba nipis dan ringan yang telahpun diperlihatkan sebelum ini.

Dell, yang sebelum ini telahpun mengemaskini siri komputer riba seperti Dell XPS dan Inspiron mereka dengan siri CPU terbaru ini, kini hadir dengan sebuah komputer AIO (All-In-One) yang dinamakan Dell Inspiron 24 5000 dan Dell Inspiron 27 7000.

Bermula dengan paparannya, Dell Inspiron 24 5000 ini hadir dengan paparan bersaiz 23.8 inci dengan resolusi Full HD yang berbingkai nipis yang tidak mempunyai ciri sesentuh. Dell Inspiron 27 7000 pula hadir dengan paparan bersaiz 27 inci dengan resolusi yang sama.

Dari segi spesifikasi, komputer ini dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Core i3-1115G4, Intel Core i5-1135G7 ataupun Intel Core i7-1165G7 dengan memori DDR4 sebanyak 8GB dan pilihan storan SSD NVMe 256GB ataupun 512GB.

Dari segi grafik pula, bergantung kepada model CPU yang dipilih, anda boleh menggunakan cip grafik Intel UHD Graphics ataupun Iris Xe, dimana GPU baru tersebut menjanjikan peningkatan yang ketara dari segi prestasi grafik.

Ia juga hadir dengan sejumlah palam USB 3.2, HDMI untuk sokongan paparan tambahan dan juga palam RJ45 CAT-5 untuk

Komputer AIO Dell Inspiron 24 5000 ini boleh didapati melalui laman web Dell Malaysia, dan bergantung kepada konfigurasi yang dipilih, anda boleh membelinya pada tanda harga berikut:

  • Dell Inspiron 24 5000 (Intel Core i3) – RM2799
  • Dell Inspiron 24 5000 (Intel Core i5) – RM3199
  • Dell Inspiron 24 5000 (Intel Core i5+1TB HDD) – RM3399
  • Dell Inspiron 24 5000 (Intel Core i7+1TB HDD) – RM3999
  • Dell Inspiron 27 7000 (Intel Core i5+256GB SSD) – RM3999
  • Dell Inspiron 27 7000 (Intel Core i5+512GB SSD) – RM4299
  • Dell Inspiron27 7000 (Intel Core i7+512GB+16GBDDR4) – RM4999

Paling Popular