Google Search ialah enjin carian pilihan kerana kerap kali memberikan keputusan yang lebih tepat berbanding enjin carian lain. Search kini telah dikemaskini untuk mengambil kira carian yang dilakukan terdahulu sebagai konteks untuk memberikan keputusan yang lebih tepat.

Antara contoh yang diberikan ialah Search akan memberikan saranan “carving Thanksgiving turkey” jika pengguna melakukan carian untuk “carving” tetapi sebelum ini melakukan carian “thanksgiving”. Sistem pembelajaran mesin Search memahami mungkin terdapat kaitan di antara carian yang telah dilakukan terlebih dahulu.
Selain itu jika carian melipat kain napkin dicari, Search akan memberikan keputusan pelbagai jenis lipatan lain yang dirasakan releven dengan carian asal. Apa yang dilakukan Searh mirip dengan yang disokong Assistant yang dengan bijak memahami konteks carian yang dilakukan dengan arahan suara.