Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 9 5G bakal dilancarkan pada 26 November ini. Redmi dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga buah model berbeza yang terdiri dengan Redmi Note 9 4G, Redmi Note 9 5G dan Redmi Note 9 Pro. Setakat ini, pelbagai spekulasi mengenai rekaan dan spesifikasi telah didengari.

Terkini, rekaan belakang untuk Redmi Note 9 Pro 5G telah didedahkan pihak Xiaomi sendiri menerusi poster acah. Merujuk poster tersebut, ia dilihat seakan mengiyakan mengenai rekaan peranti pada imej yang tersebar sebelum ini. Ia dilihat hadir dengan kemasan cerun menarik pada panel belakang. Selain, dilengkapi modul kamera utama berbentuk bulat bersama sokongan empat lensa dengan satu sensor sebesar 108MP. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd