Cari @ Amanz

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa Microsoft Malaysia akan membawa masuk komputer riba terbaru mereka, iaitu Microsoft Surface Laptop Go, iaitu variasi lebih padat kepada siri komputer riba Microsoft Surface Laptop mereka sebelum ini.

Komputer riba ini hadir dengan paparan bersaiz 12.4-inci PixelSense dengan sokongan skrin sentuh, dilengkapi butang kuasa yang menyertakan pengimbas cap jari, integrasi Windows Hello, dijana cip Intel Core i5, dan pilihan memori sehingga 16GB dan storan 256GB.

Surface Laptop Go

Di Malaysia, Surface Laptop Go ini hanya ditawarkan dalam pilihan Platinum sahaja, dan dikatakan menawarkan kuasa penggunaan sehingga 13 jam lamanya.

Tanda harga untuk model-model Surface Laptop Go ini sudahpun diperlihatkan sebelum ini, seperti berikut:

Jika anda berminat untuk mendapatkan komputer riba Surface Laptop Go ini, anda boleh mendapatinya melalui pelbagai kedai fizikal dan atas talian seperti Thundermatch Technologies, Harvey Norman ataupun kedai atas talian Microsoft Malaysia di Shopee.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd