Carian
Bagaimana Teknologi Masa Kini Mengubah Khairat Kematian Daripada Tradisional Ke Digital?
December 28, 2020 Syafia Hani

Jika kita perhatikan, pada zaman yang serba canggih sekarang kita masih lagi menggunakan cara tradisional dalam proses menguruskan kematian. Bermula daripada menghubungi ahli jawatankuasa masjid terdekat, memandikan, dan mengebumikan jenazah, semuanya diuruskan oleh ahli jawatankuasa masjid. Malah segala perbelanjaannya pula perlu dilakukan oleh ahli keluarga terdekat. Tetapi kini, PruBSN telah menjadi entiti yang pertama dalam industri takaful yang mendigitalkan perkhidmatan sebegini. Dengan pelancaran aplikasi baru mereka – PruBSN Aman, ia sekaligus telah mendigitalkan khairat kematian agar prosesnya menjadi lebih mudah dan efisyen.

https://www.youtube.com/watch?v=6X9udSUgyx8

Dengan hanya memuat turun aplikasi PruBSN Aman dari Google Play Store atau Apple App Store, anda boleh membuat persiapan daripada awal untuk dana khairat kematian. Oleh itu, sekiranya berlaku kematian, anda tidak lagi perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk menguruskan kematian tersebut. Ini kerana, setiap peserta yang melanggan PruBSN Aman ini akan membayar sumbangan pendahuluan dengan amaun yang sederhana dan akan dimasukkan ke akaun bersama. Sumbangan ini seterusnya akan menjadi milik peserta yang mana ia akan ditolak untuk menolong membayar kos tuntutan kematian, sekiranya kematian berlaku di kalangan peserta. Penambahan sumbangan kemudiannya akan ditambah secara automatik apabila baki akaun bersama berada di bawah tahap tertentu. Melalui aplikasi ini juga anda berpeluang untuk menikmati pelbagai manfaat bersama.

https://www.youtube.com/watch?v=KzDAc1Nci_k

Selain amaun tuntutan akan dikongsi bersama peserta apabila berlaku kematian, penama anda juga akan menerima RM10,000 sekiranya berlaku kematian tanpa mengguna perkhidmatan pengebumian yang disediakan oleh MyAngkasa Mukmin. Namun jika penama anda memanfaatkan perkhidmatan pengebumian ini, mereka akan menerima RM7,000 daripada RM10,000 yang mana RM3,000 daripadanya akan dibayar terus kepada MyAngkasa Mukmin. Pihak My Angkasa Mukmin akan membantu untuk menguruskan pengebumian tersebut mengikut undang-undang Syariah dan istiadat Islam. Oleh itu, penama tidak perlu mengeluarkan sebarang perbelanjaan sekaligus menjadikan prosesnya dibayar secara atas talian.

Aplikasi ini sangat berguna kepada kita semua kerana ia bukan sahaja mudah untuk digunakan, malah mampu untuk meringankan beban pengguna, dan juga mengurangkan ketidakpastian terhadap beban kewangan kepada keluarga yang tersayang. Proses untuk mendapatkan perkhidmatan pengebumian juga sudah terjamin melalui pengurusan dari MyAngkasa Mukmin bagi pihak keluarga kita. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa dengan memodenkan proses khairat kematian ini daripada tradisional kepada digital, ia memudahkan proses khairat kematian dan pengebumian agar menjadi lebih cepat untuk diuruskan.

Untuk lebih memahami tentang bagaimana aplikasi ini berfungsi, ini adalah contoh senarionya. Apabila selesai mendaftar, setiap pengguna aplikasi ini perlu membayar RM120 sebagai sumbangan pendahuluan. RM30 daripadanya akan ditolak untuk caj Wakalah, menjadikan bakinya adalah RM90. Baki ini akan dimasukkan ke dalam Akaun Bersama. Sekiranya terdapat 3,000 pengguna, ia menjadikan jumlah Akaun Bersama yang terkumpul adalah sebanyak RM270,000. Jumlah ini akan digunakan sekiranya mempunyai kes kematian dalam komuniti pengguna atau dituntut oleh penama.

Sekiranya pada bulan itu terdapat dua kes kematian dalam komuniti, setiap kes ini akan diberikan RM10,400 yang mana RM10,000 adalah kos pembayaran bersih, dan 4% daripadanya adalah tuntutan caj Wakalah. Ini menjadikan jumlah pembayaran daripada Akaun Bersama adalah RM20,800. Memandangkan pada waktu itu terdapat 3,000 pengguna, jumlah pembayaran ini hanya perlu dibahagikan sama rata antara jumlah pengguna, iaitu RM20,800 dibahagikan kepada 3,000. Ini menjadikan setiap peserta akan ditolak RM6.93 daripada Akaun Bersama mereka.

Untuk penama membuat tuntutan kematian ini, mereka hanya perlu menyerahkan tuntutan kematian secara maya melalui aplikasi ini. Ia menjadikan proses tuntutan lebih mudah dan cepat. Selain itu, aplikasi ini juga telus kerana anda boleh membuat pendaftaran secara atas talian, dan melihat statistik terkini seperti bilangan peserta, amaun tuntutan dan baki Akaun Bersama secara serta merta.

Secara kesimpulannya, aplikasi PruBSN Aman ini merupakan aplikasi yang penting dan perlu dimuat turun bagi membantu memudahkan proses pengebumian kita pada waktu genting. Apabila berlaku kematian orang yang tersayang, selepas kematian, kos perbelanjaan adalah perkara pertama yang kita perlu pertimbangkan. Jadi pada waktu kecemasan sebegini, perkhidmatan yang ditawarkan melalui aplikasi PruBSN Aman dan prosedur pengebumian yang diuruskan oleh pihak MyAngkasa Mukmin ini sangat bermanfaat dan terjamin akan dilakukan dengan baik. Sememangnya, perubahan untuk mendigitalkan khairat kematian yang dibawa oleh PruBSN kali ini mampu untuk memberikan kemudahan kepada setiap golongan masyarakat kita.

Penafian: Advertorial daripada PruBSN

Komen