Carian
Poco M3 Kini Rasmi – Dijana Snapdragon 662, Bateri 6000mAh Dan Harga Bermula RM499
November 24, 2020 Fahim Zahar

Poco sedia menawarkan beberapa peranti kelas pertengahan seperti Poco X2, Poco M2 dan Poco X3. Terkini, mereka tambah lagi sebuah peranti dalam siri M – iaitu Poco M3. Berbeza dengan Poco M2 yang hanyalah sebuah Redmi 9 dan Redmi Note 9, Poco M3 boleh dikatakan adalah peranti asli Poco seakan Poco X3 beberapa bulan lalu.

Poco M3 ini berada dalam kategori kelas pertengahan untuk kegunaan yang asas. Ia dijana dengan cip Snapdragon 662 dan dipadankan dengan memori 4GB RAM. Storan dalaman adalah 64GB atau 128GB. Skrin peranti adalah 6.53-inci DotDisplay, LCD bertakuk kecil 60Hz dengan resolusi FHD+. Untuk kamera, peranti ini menggunakan tetapan 48+2+2 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel.

Bateri peranti adalah 6000mAh dengan pengecasan pantas 18W berasaskan USB-C. Panel belakang peranti pula adalah plastik dengan tekstur seakan kulit dan yang paling menarik perhatian adalah bonggol kamera yang besar. Peranti ini turut mempunyai pengimbas cap jari di sisi dan peranti ini apabila berada di tangan rasa kukuh. Peranti ini turut mempunyai pembesar suara stereo yang cukup enak untuk penggunaan hiburan.

Poco M3 ini adalah peranti siri Poco M yang pertama memasuki pasaran tempatan. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Cool Blue, Poco Yellow dan juga Power Black. Harga jualan bagi peranti ini adalah RM599 untuk 4/64 GB dan RM699 untuk 4/128 GB. Jualan adalah eksklusif di Lazada Lazada bermula 27 November ini.

Tetapi sempena pelancaran, bagi yang berminat membeli peranti ini anda boleh dapatkannya pada harga RM499 untuk 4/64 GB dan RM599 untuk 4/128 GB. Setiap pembelian ini juga, anda turut akan menerima Mi In-Ear Headphones Basic Piston Earphone secara percuma.

Komen