Cari @ Amanz

Tahun ini menyaksikan beberapa syarikat berasaskan teknologi mencatatkan peningkatan nilai syarikat secara drastik. Perkara ini sekaligus turut membawa kepada keuntungan para pengasas dan pemilik syarikat berkaitan.

Terbaru, Elon Musk yang berusia 49 tahun mencatatkan milikan bernilai $127.9 bilion apabila saham Tesla meningkat pada minggu ini, sekaligus melangkaui Bill Gates yang mencatatkan milikan bernilai $127.7 bilion.

Peningkatan milikan Elon Musk ini selari dengan nilai syarikat Tesla yang kini menghampiri nilai $500 billion. Selain itu, beliau juga turut mempunyai syarikat lain, termasuk syarikat memfokuskan eksplorasi angkasa, SpaceX.

Sebelum ini, Bill Gates memegang takhta manusia terkaya untuk tempoh yang lama, sebelum diatasi Jeff Bezos pada tahun 2017 yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd