Cari @ Amanz

Selepas jam tangan pintar, kini Realme dilihat mengacah kehadiran televisyen pintar pula untuk pengguna di Malaysia. Realme telah memuat naik satu poster acah menerusi laman media sosial mereka yang memperlihatkan imej berlatar belakang biru bersama perkataan “Watch The TV”, selain penggunaan slogan “Leap To Next” bersama-sama dengannya.

Memetik bait kapsyen yang disertakan, ia memberi gambaran bahawa produk ini akan diperkenalkan tidak lama lagi. Tapi sayangnya, Realme tidak pula berkongsi butiran lanjut mengenainya – termasuk berkaitan spesifikasi yang ditawarkan dan juga tarikh pelancaran rasmi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Realme untuk pelancaran produk ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd