Cari @ Amanz

Shopee telah mula menekankan kepada ciri Feeds bermula sejak bulan Oktober 2020 pada aplikasi mudah-alih mereka, tetapi kini perkhidmatan edagang berkenaan dilihat menjadikan paparan ciri Shopee Story lebih menyerlah berbanding sebelum ini.

Pada awal pengenalan, ciri Shopee Story pada bahagian Feeds hanya dipaparkan dalam bentuk bulatan kecil sahaja. Terbaru, sejak seminggu ini, paparannya dilihat lebih dibesarkan, sekaligus mengalakkan lebih ramai untuk berkongsi dan menggunakan ciri tersebut.

Melalui Shopee Story, ia menawarkan ciri seperti perkhidmatan sosial lain, dimana perkongsian kandungan kekal sehingga 24 jam lamanya. Pengguna boleh menambah gambar, teks dan pelekat, sekaligus menjadikan perkongsian berkenaan lebih menarik. Dengan fokus terhadap edagang, penjual turut diberikan akses untuk menambah baucar atau pautan untuk membeli barangan yang dijual.

Shopee Story

Para penjual juga turut boleh menambah paparan Shopee Story ini pada bahagian “Highlight” pada laman jualan mereka.

Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, adakah ciri Shopee Story ini membantu dan kerap diakses anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd