Cari @ Amanz

TikTok kini boleh dikatakan platform video ringkas paling popular dengan beratus juta pengguna di seluruh dunia. Kandungan videonya terdiri daripada pelbagai jenis, termasuklah video untuk riadah dan pengetahuan.

Terkini, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah ciri baru dimana mereka akan membolehkan pengguna untuk menghalang video yang mempunyai kandungan fotosensitif daripada ditunjuk.

Ciri tersebut akan tiba melalui menu tetapan, dimana pengguna boleh memilih untuk menghalang video-video tersebut daripada ditunjuk untuk mengurangkan kebarangkalian serangan epilepsi boleh berlaku apabila menggunakan aplikasi TikTok.

ByteDance telah bekerjasama dengan pelbagai badan epilepsi di seluruh dunia untuk membangunkan ciri ini, dan pengumuman mengenai ciri ini disambut baik oleh mereka.

TikTok dijangka akan mengeluarkan ciri ini untuk semua pengguna-pengguna mereka dalam kemaskini terbaru mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd