Carian
Pengguna UMobile Perlu Tebus Data Produktiviti Percuma 1GB Setiap Hari Melalui SMS Atau Aplikasi MyUMobile Bermula 26 November
November 25, 2020 Aman

Disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak SKMM bersama syarikat telekomunikasi telah mengumumkan penawaran data percuma sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan bagi tujuan produktiviti. Dengan langkah ini, ia akan dapat mengurangkan beban bagi mereka yang terkesan dengan PKP dan perlu melakukan tugasan dari rumah – termasuk belajar dari rumah.

Sejak 1 Julai 2020 lepas, data percuma 1GB ini telah ditawarkan untuk tujuan produktiviti, dan ditawarkan sehingga 31 Disember 2020 kelak. Melaluinya, pengguna boleh mengakses sejumlah aplikasi dan menggunakan data percuma ini sebelum menggunakan data yang anda langgan.

Untuk U Mobile sendiri, sebelum ini pengguna hanya perlu aktifkannya sekali, dan akan menerima data percuma berkenaan secara automatik setiap hari. Namun, perkara berkenaan akan berubah bermula 26 November 2020 ini.

U Mobile kini mengumumkan, bermula 6 pagi, 26 November 2020, pelanggan U Mobile perlu menebus data percuma 1GB ini. Tebusan boleh dilakukan menggunakan SMS atau aplikasi MyUMobile. Setiap tebusan juga terhad untuk 24 jam – bermakna anda perlu menebusnya setiap hari untuk kekal dapat menggunakan data percuma berkenaan untuk tujuan produktiviti.

Untuk menebusnya, anda perlu menghantar SMS “FREE1GB” ke 28111. Sebagai alternatif, anda boleh ke aplikasi MyUMobile, memilih Add-Ons, dan pilih Free 1GB /24 Hours dibawah tab Bonus.

Komen