Samsung Galaxy A12 Dan Galaxy A02s Dilancarkan Dengan Bateri 5000mAh

Samsung Galaxy A12 Dan Galaxy A02s Dilancarkan Dengan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Nov 25, 2020 oleh .

Lambakan peranti di bawah siri Galaxy A kini berterusan apabila Samsung dilihat memperkenalkan dua buah model baharu lagi. Dikenali sebagai Samsung Galaxy A12 dan Galay A02s, kedua-duanya hadir dengan penawaran menarik termasuk paparan yang besar, kamera serbaguna dan hayat bateri lebih baik.

Kita mulakan dahulu dengan Samsung Galaxy A12. Peranti pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+ dengan rekaan takuk Infinity-V. Ia juga dilengkapi cip lapan teras, memori 4GB RAM, storan dalaman sehingga 128GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sistem kuad-kamera 48-Megapixel + 5-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel, sementara kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Seterusnya, Samsung Galaxy A02S pula. Peranti pintar ini juga dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci TFT LCD HD+ dengan rekaan takuk Infinity-V. Ia turut menggunakan cip lapan teras, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 15W. Melengkapi peranti pintar ini juga adalah sistem tri-kamera utama 13-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel.

Untuk penawaran harga, Samsung Galaxy A12 ditawarkan pada harga €179 (~RM870), sementara Samsung Galaxy A20s pula berharga €150 (~RM729). Ia bagaimanapun dikatakan akan mula ditawarkan bermula Januari 2021 kelak.



Paling Popular