Cari @ Amanz

Emoji, bermula sebagai beberapa aksara pendek yang dicipta di Jepun kini menjadi pilihan pengguna media sosial untuk melengkapi muatan status terkini. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 3292 emoji yang boleh digunakan pada peranti pintar dan komputer. Tetapi ia amat bergantung kepada versi sistem operasi yang digunakan.

Ini bermakna bagi pengguna Android, mereka perlu menerima kemas kini sistem operasi dari pengeluar sebelum dapat menikmati emoji terkini. Menurut laporan XDA Developers, terdapat petanda awal kelak Android akan memberikan kemas kini emoji secara berasingan. Perubahan pada kod Android AOSP ini baru sahaja ditemui dan di peringkat awal. Besar kemungkinan perubahan sistem hanya akan dilakukan menerusi Android 12.

Bagi mereka yang inginkan emoji yang terkini tanpa perlu menunggu lama, terdapat tiga sahaja langkah yang boleh diambil. Menggunakan peranti mercu yang menerusi kemas kini pantas, memasang dengan teknik root atau menggunakan iOS yang memberikan kemas kini sistem operasi dengan pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd