Enggan terus berteka-teki, Realme Malaysia hari ini berkongsi satu entri yang memperlihatkan mereka bakal mengadakan sebuah acara pelancaran pada 3 Disember ini. Ia merupakan acara pelancaran untuk rangkaian produk AloT terbaru mereka untuk pasaran tempatan.
Menerusi entri tersebut juga, Realme dilihat telah mendedahkan senarai produk yang bakal diperkenalkan kelak. Ia termasuklah televisyen pintar, Realme Watch S, Realme Smart Cam 360°, Realme Sonic N1 Electric Toothbrush, Realme Buds Air Pro dan Realme Buds Wireless Pro. Kesemua produk ini bagaimanapun telah dilancarkan di India sebelum ini. Bagaimana pula penawarannya untuk pasaran Malaysia? Sama-sama kita nantikan.