Cari @ Amanz

Kerajaan negeri Sarawak kini mengatakan mereka kini sedang dalam proses untuk membangunkan syarikat telekomunikasi tersendiri dalam tempoh masa dua tahun akan datang. Dengan langkah ini, ia akan mempercepatkan lagi pembangunan dan penawaran perkhidmatan internet di kawasan pedalaman.

Dikongsikan Ketua Menteri Sarawak, beliau mengatakan keputusan ini diambil kerana pelbagai syarikat telekomunikasi sedia ada tidak ingin memperluaskan perkhidmatan internet ke kawasan pedalaman Sarawak kerana ia tidak menguntungkan.

Untuk mengatasinya, Sarawak kini ingin membangunkan perkhidmatan telekomunikasi tersendiri, dan turut menawarkan subsidi untuk memastikan kadar tarif adalah rendah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd