Bagi ramai pengguna, anda mungkin sedia maklum ciri “Knowledge Graph” pada Google, yang memaparkan info ringkas pada bahagian tepi bersama-sama dengan hasil carian pada bahagian utama. Kini, Facebook turut dilihat melakukan perkara sama.
Melalui pembaharuan ini, ia memaparkan kotak khusus dengan info ringkas yang ditarik dari Wikipedia – sekaligus memudahkan pengguna mengetahui berkenaan sesuatu perkara dengan lebih pantas. Ini juga sekaligus membolehkan Facebook turut dilakukan dalam mendapatkan sesuatu informasi dengan pantas.
Buat masa ini, daripada pengamatan kami, info ringkas ini dipaparkan untuk carian berkaitan individu sahaja, dan masih lagi terhad. Mungkin kita akan melihat ia diperlanjutkan kepada kata kunci dan kategori lain, tidak lama lagi.