Cari @ Amanz

Sejak Jun lalu, India telah mengharamkan ratusan aplikasi dari China atas alasan keselamatan negara kerana pertempuran berlaku di antara tentera kedua-dua negara di Banjaran Himalaya. Semalam Kementerian Elektronik dan IT India menambah 43 lagi aplikasi ke dalam senarai yang diharamkan.

Sekali lagi alasan yang digunakan ialah penggunaan aplikasi dari China boleh mengancam keselamatan negara. Antara yang diharamkan adalah AliExpress, AliBaba, Lalamove, WeTV dan TaoBao Live. Selepas pengharaman aplikasi dari China dikuatkuasakan, aplikasi TikTok dan PUBG terus lenyap dari kedai atas talian di India. Ia memaksa Tencent menawarkan PUBG khusus untuk pasaran India dengan pelaburan $100 juta bagi membenarkan ia ditawarkan kepada pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd