Xiaomi sehingga hari ini akan dikenali sebagai jenama yang menawarkan harga peranti lebih murah dari pesaing. Tidak kira pada peranti mercu ataupun tidak. Jenama-jenama seperti Redmi dan Poco (semasa bersama dengan Xiaomi), tidak dinafikan menerima sambutan yang baik kerana penawaran harga-ke-spesifkasi yang memuaskan.
Terkini, Xiaomi telah mencatatkan rekod 46.6 juta peranti yang berjaya dipasarkan pada suku ketiga tahun 2020 sahaja. Jumlah pendapatan yang diperoleh pula adalah sebanyak RMB 72.2 billion iaitu sekitar RM45 bilion. Untuk keuntungan pula, Xiaomi memperoleh RMB4.1 bilion iaitu lebih RM2.5 bilion. Tahun demi tahun pula, Xiaomi telah mencatatkan 34.5% kenaikan dan berbanding pada suku ketiga tahu 2019 – tahun 2020 mempunyai peningkatan 18%.
Xiaomi turut tersenarai sebagai jenama nombor lima daripada 54 negara dalam pasaran global. Jumlah pengguna Xiaomi juga semakin meningkat, iaitu dari 292 juta pada suku ketiga 2019 kepada 368 juta untuk suku ketiga 2020. Jenama Poco kini sudah keluar dari Xiaomi, dan menjadi jenama tersendiri. Ada kemungkinan besar perkara ini akan menjejaskan sedikit, tetapi dengan kehebatan Xiaomi – perkara ini mungkin kecil sahaja bagi mereka.