Carian
Maybank2U Dan Aplikasi Maybank Menghadapi Masalah Untuk Diakses – Anda Digalakkan Menggunakan Aplikasi MAE
November 25, 2020 Aman

Maybank kini mengumumkan yang mana perkhidmatan web Maybank2U dan juga aplikasi Maybank menghadapi masalah untuk diakses, dan sambungan untuk perkhidmatan berkenaan agak perlahan berbanding kebiasaan.

Sebagai alternatif untuknya, pihak Maybank meminta pengguna menggunakan aplikasi MAE untuk sementara waktu bagi urusan transaksi perbankan.

Maybank mengatakan mereka sedang dalam usaha menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Komen