Bulan Mei lalu, YouTube memperkenalkan fungsi Video Chapter. Ia adalah fungsi yang boleh mengasingkan video mengikut bahagian atau bab dengan hanya meletakkan tanda masa di butiran video. Fungsi ini perlu dilakukan secara manual ketika video sedang dimuat naik.

Dengan adanya Video Chapter ini, penonton akan lebih mudah untuk melangkau ke bahagian kegemaran tanpa perlu tekan pada video untuk langkau atau menggunakan seek bar. Terkini, YouTube sedang menguji fungsi Video Chapter yang dihasilkan oleh pembelajaran mesin agar memudahkan lagi pemilik saluran YouTube.
Menurut Google, sistem mereka boleh mengenalpasti teks di dalam video dan akan menghasilkan “bab-bab” ini secara automatik. Pemilik akaun YouTube boleh memilih sama ada ingin mencuba fungsi ini ataupun tidak.