Malaysia Ingin Menjadi Pengeluar Vaksin Manusia Dalam Tempoh 10 Tahun

Malaysia Ingin Menjadi Pengeluar Vaksin Manusia Dalam Tempoh 10 Tahun

Diterbitkan pada Nov 25, 2020 oleh .

Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia kini berkongsi sasaran Malaysia dalam menjadi pengeluar vaksin dalam tempoh 10 tahun lagi. Untuk tujuan ini, MOSTI dijangka bakal berkongsi garis masa untuknya melalui Majlis Sains Negara menjelang suku kedua 2021 kelak.

Buat masa ini, Malaysia dikatakan masih tidak mempunyai fasiliti lengkap dalam pembangunan vaksin untuk kegunaan manusia. Ini sekaligus membuatkan Malaysia perlu bergantung kepada negara lain dalam mendapatkan vaksin – terutamanya vaksin untuk Covid-19 yang dijangka diperoleh menjelang suku pertama 2021 kelak.

Selain daripada garis masa pembangunan vaksin manusia, MOSTI juga kini telah hadir dengan penawaran program dana baru, dinamakan MOSTI Combating Covid-19 Fund, yang mengalakkan projek R&D dalam memerangi dan mengawal wabak Covid-19.

MOSTI telah meluluskan satu projek dibawah dana ini, berjumlah RM2.1 juta kepada Universiti Malaya dalam pembangunan vaksin Covid-19.

Kerajaan juga mengatakan mereka memasukkan elemen pemindahan teknologi dan kepakaran ketika berunding dalam mendapatkan vaksin untuk Malaysia.



Paling Popular