Cari @ Amanz

Pada hari ini, ekosistem Android boleh dikatakan berkembang pesat, dan mempunyai bilangan pembangun dan aplikasi yang tinggi. Ini sekaligus membuatkan beberapa sistem mengintegrasikan sokongan untuknya. Selain ChromeOS, sistem operasi HongMeng OS atau Harmony OS dijangka akan mengintegrasikan sokongan aplikasi Android.

Kini, hadir desas-desus turut mengatakan Microsoft turut sedang melihat kepada kebolehan mengintegrasi aplikasi Android ke Windows 10.

Melalui laporan WindowsCentral, ia turut diperkatakan Microsoft sedang melihat kepada idea menawarkan aplikasi Android melalui Microsoft Store. Ia diperkatakan Microsoft mungkin mengintegrasikan sokongan berkenaan seawal 2021 kelak.

Buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja. Dengan Microsoft sendiri kini menggunakan kod Chromium untuk pembangunan pelayar web, tidak mustahil untuk kita melihat Microsoft turut menggunakan satu lagi teknologi popular pada sistem operasi mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan hal ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd