Cari @ Amanz

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan sejumlah produk baru, termasuk pengenalan komputer riba berasaskan cip pemprosesan mereka tersendiri dinamakan Apple M1. Apa pun, untuk tahun ini, rekaan peranti seperti komputer riba MacBook, atau jam tangan Apple Watch tidak mengalami perubahan drastik.

Bercakap mengenainya, kini Ming-Chi Kuo menyasarkan Apple akan hadir dengan kemaskini rekaan untuk Apple Watch dan MacBook pada pertengahan kedua 2021 kelak.

Menurut penganalisa popular berkenaan, Apple dijangka hadir dengan ciri pengurusan kesihatan dan kecergasan yang lebih baik, disamping rekaan yang ditambah-baik lagi.

Disamping itu, Apple turut dikatakan mungkin hadir dengan rekaan industri baharu untuk Mac berasaskan cip Apple Silicon pada 2021 kelak.

Pada MacBook baharu sendiri, Apple telah membuat perubahan pada susunan papan kekunci, selain rekaan sistem operasi macOS yang lebih menyerupai penawaran di iOS.

Dengan perkembangan terbaharu ini, semestinya ramai menantikan apakah kejutan yang disediakan Apple melalui penawaran peranti mereka pada 2021 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd