Huawei Mate 40 adalah siri peranti mercu terbaru daripada Huawei. Peranti telah dilancarkan pada bulan Oktober lepas dan mempunyai spesifikasi yang amat hebat. Peranti ini juga merupakan peranti paling berkuasa Huawei yang dijana dengan cip Kirin 9000. Mate 40 turut merupakan peranti pertama Android yang hadir dengan cip 5nm.
Sudah lebih sebulan, masih tiada khabar dari Huawei Malaysia mengenai harga dan tarikh jualan. Tetapi perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi. Ini kerana, peranti Huawei dengan nombor model NOH-NX9 iaitu Huawei Mate 40 Pro telah tersenarai di SIRIM. Tarikh peranti ini disenaraikan adalah sejak 16 November lagi, adakah ini bermakna peminat Huawei di Malaysia dapat membeli peranti ini tidak lama lagi?
Sayang sekali, tiada langsung petanda mengenai Huawei Mate 40 atau Mate 40 Pro+ untuk jualan di pasaran tempatan. Mungkin pasaran Malaysia kelak hanya terhad dengan Mate 40 Pro sahaja. Di Eropah peranti dijual pada harga €1199 (~RM5880) untuk versi 8/256 GB. Tetapi Eropah mempunyai kadar cukai yang tinggi, jika ditolak harga peranti adalah sekitar RM4954. Adakah peranti ini akan dijual pada harga RM4999? Sama-sama kita nantikan.