Cari @ Amanz

Google sebelum ini pernah meraikan P. Ramlee dengan sebuah doodle khas. Hari ini, gergasi carian berkenaan turut meraikan seorang lagi artis terkenal, iaitu Saloma.

Salmoa yang dilahirkan pada tahun 1932, merupakan salah seorang penentu trend dunia hiburan di Malaysia sekitar tahun 50-an hingga awal 80-an. Beliau telah merakamkan sekitar lebih 500 buah lagu, selain turut berlakon.

Malah pada 26 November 1978, beliau turut dianugerahkan Anugerah Biduanita Negara.

Selari dengannya, kini Google Malaysia turut meraikan Saloma dengan sebuah doodle khusus, selain turut menyediakan senarai main lagu beliau di YouTube.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd