Cari @ Amanz

Slack merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada perusahaan dan pasukan, memudahkan anda untuk berinteraksi – selain mengintegrasikan sejumlah aplikasi ke dalamnya. Perisian ini agak popular dikalangan syarikat dan pasukan memfokuskan teknologi – dan turut sedang giat digunakan yang lain, terutamanya pada era bekerja dari rumah pada masa kini.

Terbaharu, WSJ melaporkan Salesforce sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Slack.

Slack

Bagi yang tidak mengenali Salesforce, ia merupakan salah satu syarikat perisian besar yang lebih memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan syarikat.

Pengambil-alihan Slack akan menawarkan ciri berkomunikasi dalam perusahaan untuk pelanggan-pelanggan Salesforce. Selain itu, Slack juga turut sesuai untuk diintegrasikan pada pelbagai ekosistem dibawah Salesforce.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan laporan perbincangan pengambil-alihan ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd