Rekaan Dan Konfigurasi Kamera Oppo Reno5 Pro Tertiris

Rekaan Dan Konfigurasi Kamera Oppo Reno5 Pro Tertiris

Diterbitkan pada Nov 26, 2020 oleh .

Oppo sebelum ini telah menamatkan siri R dan kemudiannya memfokuskan kepada pembangunan siri Reno pula untuk segmen peranti premium. Sehingga kini, mereka telah menghasilkan sejumlah model berbeza di bawah siri ini dan dilihat bakal meneruskannya dengan Oppo Reno5 pula.

Pelbagai spekulasi mengenai spesifikasi telah didengari. Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa bilangan model peranti yang bakal diperkenalkan oleh Oppo untuk kali ini. Tetapi, salah satu daripadanya dikatakan telah tertiris.

Model yang dimaksudkan adalah Oppo Reno5 Pro 5G. Peranti ini dipercayai hadir dengan sistem kuad- kamera utama. Konfigurasinya juga turut tertiris yang mana mungkin terdiri dengan 64-Megapixel untuk lensa utama. Seterusnya, diikuti 8-Megapixel untuk lensa sudut lebar dan dua lagi lensa 2-Megapixel yang dipercayai untuk sensor makro serta kedalaman. Kamera hadapan pula dikatakan bakal mempunyai lensa sebesar 32-Megapixel, tetapi masih belum dapat dipastikan mengenai rekaan skrin yang akan digunakan pada panel ini.

Seterusnya, tidak banyak yang diketahui mengenai spesifikasi. Tetapi, ia dipercayai hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, bateri 4,250mAh dan pengecasan pantas 65W. Seperti biasa, maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura dan belum diketahui kesahihannya. Untuk spesifikasi, ia


Paling Popular