Cari @ Amanz

Nintendo kini mengatakan mereka telah berjaya mengembalikan output pengeluaran Switch seperti biasa, dengan menambah pengeluaran di Malaysia – selain di China dan Vietnam.

Di Malaysia, pengeluaran Nintendo Switch dilakukan melalui kilang yang dimiliki oleh Sharp. Menurut laporan Bloomberg, pengeluar utama Nintendo, iaitu Foxconn Technology turut memiliki pegangan pada Sharp, dan telah menghubungkan kedua-dua syarikat Jepun dalam memudahkan pengeluaran.

Nintendo Switch

Nintendo mengatakan pengeluaran fasa pertama Switch dari Malaysia ini akan ditawarkan di kedai tidak lama lagi.

Pada tahun ini, Nintendo melihat permintaan untuk konsol Switch meningkat – apatah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lepas.

Sehingga bulan September lepas, sebanyak 68.3 juta unit Switch telah dijual, dan dijangka akan melangkaui angka 100 juta tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd