UL Benchmark, syarikat disebalik perisian penanda-aras popular seperti PC Mark hari ini telah mengemaskini perisian grafik 3DMark mereka untuk memuatkan sejumlah ciri-ciri baru.
Ini termasuklah perubahan dari segi rekaan antaramuka yang memuatkan lebih banyak maklumat tentang skor penanda-aras, yang mana sebelum ini terdapat banyak ruang kosong yang kini dimanfaatkan secara lebih baik.

Paling utamanya ialah 3DMark kini hadir dengan ciri perbandingan skor grafik penanda-aras yang menggunakan skor tersebut untuk mengagak prestasi kad grafik tersebut didalam permainan-permainan komputer terpilih.
Buat masa ini, 3DMark hadir dengan perbandingan untuk lima permainan komputer popular, termasuklah Apex Legends, Battlefield V, Fortnight, Grand Theft Auto dan juga Red Dead Redemption 2.

Selepas ujian penanda-aras dijalankan, anda boleh memilih untuk melihat anggaran prestasi permainan daripada menu skor penanda-aras, dan memilih tetapan grafik permainan yang diingini untuk melihat skor
Bagi mereka yang memiliki perisian ini daripada laman web UL, anda boleh ke laman web mereka. Untuk Steam, kemaskini akan dimuat-turun secara automatik.