Cari @ Amanz

Apple telah pun melancarkan cip pemporsesan Apple Silicon pertama mereka, iaitu Apple M1. Cip ini adalah cip berasaskan ARM untuk komputer-komputer Apple dengan sistem operasi penuh macOS. Tiga produk yang menggunakan cip ini adalah MacBook Air, MacBook Pro 13 dan Mac Mini.

Cip ini dilihat begitu berkuasa sehinggakan menewaskan cip Intel Core i9 yang digunakan pada MacBook Pro 16. Terkini, skor dari AnTuTu telah memperlihatkan nilai yang mencapai lebih 1.1 juta. Skor MacBook Air dengan cip M1 ini adalah 1,119,243 yang merupakan antara cip ARM paling berkuasa setakat ini. Cip Apple A14 memperoleh skor melebih 600 ribu sahaja dan paling tinggi yang dicatatkan oleh Apple di AnTuTu setakat ini adalah iPad Pro 12.9-inci generasi keempat dengan nilai 755,294.

Jika dibandingkan dengan cip A12Z yang digunakan pada iPad Pro, MacBook Air mempunyai 50.65% lebih kuasa secara keseluruhan dengan 43.78% kuasa GPU yang lebih hebat. Cip M1 ini adalah lapan teras dengan penggunaan kuasa hanya 10W dan dibina berasakan rekaan 5nm.

Cip ARM 5nm setakat ini adalah Apple A14 Bionic, HiSilicon Kirin 9000, Exynos 1080 dan akan datang adalah Exynos 2100 dan Snapdragon 875. Apple telah membuktikan yang ARM adalah masa hadapan mereka dan dengan produk generasi pertama telah memperlihatkan prestasi yang baik, produk generasi kedua kelak pasti akan lebih hebat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd