Cari @ Amanz

Sedia tahu, siri Vivo V lebih memfokuskan kepada kemampuan fotografi yang baik, selain penggunaan gaya hidup moden. Justeru, boleh dikatakan penawaran padanya juga cukup menarik dalam kelas yang tersendiri.

Boleh dikatakan, siri Vivo V20 baru sahaja dilancarkan sekitar Oktober lalu. Namun kini, timbul pula desas-desus mengatakan mereka dalam pembangunan untuk siri V21 pula. Lebih menariknya, sumber turut mendakwa ia berkemungkinan besar hadir sekitar 2 atau 3 bulan akan datang – iaitu seawal suku pertama 2021 kelak.

Tiada sebarang butiran mengenai spesifikasi yang ditemui. Namun mengikut spekulasi awal, sumber menyasarkan ia mungkin hadir dalam beberapa model berbeza termasuk V21 Pro dan V21 SE. Namun begitu, vivo masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan ini. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan siri V20, peranti ini telah tersedia untuk pasaran Malaysia. Vivo V20 dijual pada harga RM1,499, manakala Vivo V20 Pro pula berharga RM1,899. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan satu lagi versi lebih murah iaitu Vivo V20 SE pada harga RM1199.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd