Cari @ Amanz

Android TV adalah sistem operasi dari Google untuk televisyen pintar. Sistem operasi ini dibina berasaskan Android dan yang terbaru Google memperkenalkan antaramuka Google TV. Google TV adalah pelancar yang menjadikan Android TV lebih pintar, cantik, menarik serta integrasi Google Assistant yang lebih mendalam.

Walaupun Android TV ini digunakan pada banyak produk dari kotak set, dongel sehinggalah televisyen pintar, aplikasi YouTube hanya boleh menstrim pada resolusi 4K sahaja. Aplikasi YouTube untuk Android TV versi 2.12.08 yang dijalankan pada peranti Android TV berasaskan Android 10, kini boleh melakukan penstriman pada resolusi 8K.

Walau bagaimanapun, sokongan ini dikatakan adalah terhad. Berikut adalah senarai log perubahan yang hadir dalam kemaskini ini;

  • YouTube Music kini mempunyai skrin memuat (splash screen)
  • Kini menyokong Cast Connect
  • Sokongan penstriman 8K yang terhad untuk Android 10 dan ke atas
  • Pilihan resolusi kini lebih baik
  • Masalah tarikh dan masa yang tidak tepat kini dibaiki
  • Penambahbaikan pada pelbagai platform
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd