Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Pada Hangouts Dihentikan – Pengguna Diarahkan Beralih Ke Google Meet

Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Pada Hangouts Dihentikan – Pengguna Diarahkan Beralih Ke Google Meet

Diterbitkan pada Nov 26, 2020 oleh .

Google Meet adalah perkhidmatan panggilan video/telesidang dari Google sebagai pengganti kepada Hangouts Meet. Tetapi aplikasi Hangouts itu sendiri tidak dimatikan dan pengguna masih boleh terus menggunakannya. Terkini, Google telah menghentikan sokongan panggilan video berkumpulan pada Hangouts.

Google mengarahkan pengguna untuk beralih kepada Google Meet untuk teruskan menggunakan fungsi yang sama. Melalui Google Meet, pengguna boleh menikmati lebih banyak fungsi seperti Live Caption, mematikan hingar di latar belakang, kesan bokeh pada panggilan video dan banyak lagi.

Jika pengguna masih bertegas untuk menggunakan Hangouts, jemputan panggilan video ini digantikan dengan pautan untuk menyertainya melalui Google Meet. Perkara ini bermula dengan Hangouts versi 36.0.340725045 pada Android. Tetapi jika pengguna masih mahu menggunakan fungsi ini, anda masih boleh menggunakannya melalui versi lama sebelum Google matikan Hangouts sepenuhnya kelak.



Paling Popular