Tesla Akan Mula Mengilang Sistem Pengecasan Kereta Elektrik Mereka Di China

Diterbitkan pada Nov 26, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tesla boleh dikatakan sebuah nama peneraju didalam industri automotif moden, dimana kenderaan-kenderaan elektrik mereka dijual pada kadar yang sangat pantas sekali.

Walaupun ianya adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat, mereka telah mula menjual kenderaan-kenderaan mereka di China, dan telah menjual sekitar 13,000 Tesla Model 3, dan akan mula menjual Tesla Model Y pada tahun hadapan.

Terkini, Tesla dikatakan sedang merancang untuk membangunkan sebuah kilang khusus untuk sistem pengecasan mereka sendiri di China. Oleh kerana kenderaan-kenderaan Tesla dilihat cukup laku di negara tersebut, syarikat tersebut dilihat akan mula mengilangkan sistem pengecasan Supercharger mereka secara domestik.

Tesla akan melaburkan sebanyak $6.4 juta untuk membina sebuah kilang sistem pengecasan Supercharger berdekatan dengan kilang pembuatan kereta di Shanghai, dan ia dijangka akan beroperasi bermula bulan Februari 2021 kelak.

Buat masa ini, Tesla sedang mengimport sistem-sistem pengecasan mereka dari Amerika Syarikat, tetapi apabila kilang tersebut mula beroperasi ia akan mengeluarkan sebanyak 10 ribu sistem pengecasan SuperCharger setahun.

Strategi ini mungkin sebahagian daripada pelan Tesla untuk memasarkan kenderaan elektrik mereka secara global, dimana mereka mahu membangunkan 150,000 kereta Tesla setahun, dan memasarkannya di rantau-rantau lain seperti Eropah.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami