Vivo V20 SE Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu Tidak Lama Lagi – Aquamarine

Vivo V20 SE Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu Tidak Lama Lagi – Aquamarine

Diterbitkan pada Nov 26, 2020 oleh .

Jika sebelum ini, Vivo V20 SE sedia hadir dengan penawaran warna Gravity Black dan Oxygen Blue. Terkini, Vivo Malaysia bakal mengemas kini peranti pintar ini dengan pilihan warna baru dikenali sebagai Aquamarine. Memetik poster acah dikongsi, kemasan ini tampil dengan daya tarikan tersendiri bersama tona warna yang nampak menyerlah.

Buat masa ini, Vivo Malaysia masih berteka-teki mengenai harga jualan peranti ini. Namun, ia dikatakan bakal diperkenalkan secara rasmi pada minggu hadapan iaitu 1 Disember 2020.

Untuk spesifikasi, Vivo V20 SE hadir dengan paparan bersaiz 6.44-inci FHD+ dengan panel jenis AMOLED. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 665, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4,100mAh dengan pengecasan pantas 33W Flash Charge.

Konfigurasi kamera pula terdiri dengan sistem tri-kamera utama 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Sementara, kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel. Bagi yang berminat, Vivo V20 SE dijual pada harga RM1,199.



Paling Popular