Carian
Celcom Tawar Pelan Gentian Optik Baharu Dengan Kelajuan 500Mbps Pada Harga RM179
November 26, 2020 Amy Maizuraa

Dalam usaha memberi yang terbaik buat pengguna, Celcom hari ini mengemaskini pelan gentian optik mereka dengan penawaran dua pelan baharu – 300Mbps dan 500Mbps sebagai tambahan kepada pelan yang sedia ada. Melalui penawaran pelan baharu ini, pelanggan boleh memilih pelbagai pakej berpatutan dengan harga menarik.

Sebagai harga pengenalan, pelan 300Mbps ditawarkan pada harga RM119, manakala pelan 500Mbps pula berharga RM179. Melaluinya, Celcom dikatakan menawar rebat sebanyak RM21 untuk tiga bulan pertama. Bagaimanapun, harga ini akan sedikit meningkat ke harga asal RM140 untuk pelan 300Mbps dan RM200 pula untuk pelan 500Mbps selepas itu.

Seperti biasa, semua langganan turut hadir dengan penghala nirwayar secara percuma – terhad kepada pendaftar baru sahaja. Selain, pelan ini terikat dengan kontrak selama 24 bulan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Celcom Home Fibre Broadband.

Komen