Carian
Pengeluaran Sebahagian MacBook Dan iPad Mungkin Dipindahkan Dari China Ke Vietnam
November 27, 2020 Aman

Apple sedia menggunakan khidmat Foxconn di China dalam mengeluarkan pelbagai peranti mereka. Apa pun, dengan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, kini Reuters melaporkan mengatakan Apple telah meminta Foxconn mengalihkan pengeluaran dari China ke kilang di Vietnam.

Ia dikatakan, Foxcon akan mengalihkan sebahagian daripada pengeluaran iPad dan MacBook ke Vietnam. Foxconn dijangka bersedia dengan bahagian pengeluaran di Vietnam bagi memenuhi permintaan Apple menjelang awal tahun 2021 kelak.

Sebahagian pengeluaran juga dijangka akan diteruskan di China. Apple mengambil langkah ini dalam usaha untuk mempelbagaikan bahagian pengeluaran – dan mengurangkan sebarang impak sekiranya berlaku perang dagangan yang melibatkannya.

Disamping untuk iPad dan MacBook, Foxconn juga turut telah membuat pelaburan dalam membangunkan bahagian pengeluaran iPhone di India.

Komen