Poco M3 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Bermula RM499

Diterbitkan pada Nov 27, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lanjutan daripada pelancaran Poco M3 untuk pasaran Malaysia beberapa hari lepas, kini seperti dijanjikan, pihak Xiaomi telah mula menjual Poco M3 secara rasminya di Malaysia.

Ditawarkan dalam dua variasi, Poco M3 hadir dengan pilihan storan sama ada 64GB pada harga RM499 hanya untuk hari ini atau 128GB dengan harga RM599 untuk hari ini.

Poco M3 menggunakan skrin 6.53-inci, dijana cip Snapdragon 662, bateri berkapasiti 6000mAh, dan kamera utama dengan sensor 48-megapixel.

Bagi anda yang berminat dengan telefon pintar berspesifikasi asas-pertengahan dan bateri berkapasiti besar, mungkin boleh menyemak dan membeli telefon pintar ini hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami