Carian
Kerangka Samsung Galaxy A32 5G Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Sistem Tri-Kamera Utama
November 27, 2020 Amy Maizuraa

Baru sahaja melancarkan Samsung Galaxy A12 dan A02s, jenama ini dilihat dalam perancangan untuk pengenalan peranti pintar baharu lagi. Ia berikutan tularnya beberapa imej yang didakwa memperlihatkan rekaan kerangka untuk peranti ini.

Mungkin dikenali sebagai Samsung Galaxy A32 5G, kerangka tertiris memberi bayangan ia mungkin menggunakan sistem tri-kamera dengan salah satu sensor sebesar 48-Megapixel. Seterusnya, peranti ini juga mungkin menggunakan skrin hadapan jenis bertakuk kecil untuk kamera swafoto. Selain, dilengkapi port pengecasan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sokongan pengimbas cap jari di sisi.

Buat masa ini, ia hanya sekadar kerangka tertiris yang dihasilkan oleh pihak ketiga. Ini bermakna, belum diketahui sama ada Samsung bakal menggunakan rekaan ini sepenuhnya pada produk akhir kelak. Setakat ini, pihak Samsung juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.

Komen